Thursday, December 09, 2010

Apa Cer?

Apa cer merupakan ungkapan yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Jadi untuk tidak tergolong dalam golongan konservatif dan menolak arus pembangunan manusia sejagat, aku turut bersama-sama mengabadikan ungkapan apa cer sebagai tajuk entry kali ini.

Ini merupakan entry tidak bergambar yang akan menjadikan ia entry pertama di bulan Disember 2010 ini. Sebab tidak meletakkan gambar kerana bukan tiada gambar-gambar baharu namun kerja-kerja pengeditan gambar begitu rancak sekali dilakukan. Aku akan pastikan setiap gambar yang muncul di sini akan menampakkan sesuatu yang segar dan beridentiti. Fewwit tak tahan !

2-3 hari lagi akan ku hantar makencik dan Umar Shadiq ke kampung untuk meneruskan proses pemantangan di sana. Reason aku melewatkan penghantaran adalah supaya makencik benar-benar sedikit segar dan pulih sedikit daripada rasa sakit/ngilu/pedih/tragis/ dan pelbagai rasa lagi hasil daripada kesan pembedahan semasa melahirkan Umar Shadiq yang amat kami kasihi. Maklumlah nak menempuh perjalanan hampir 4 jam ke Taiping dengan hampir pasti kereta  yang bervibrate akan memberi kesan dan menyakitkan beliau dan Umar Shadiq.

Okeh sampai disini, akan ku pastikan next entry akan penuh dengan gambar yang cantik-cantik. Tak janji !

Oh Twitter sungguh amat-amat melekakan aku dewasa kini. Gila sunggoh bertweet ! FB? Naaahh sejak dari beberapa lama dulu aku bukanlah FB type. Kat Twitter aku lebih bebas bersuara. 

*Tak guna duk update status kat FB cakap "Aku jenis yang berterus-terang" tapi bila nak cakap direct hilang terus telur. Wadaffrak?

Enjoy ur life... :)

2 comments:

Leez M. Saaid said...

Bila nak masukkan pic Umar yg terbaru?
Dah terbayang mesti hidung Umar sama sperti abahnya kannnnnn!!!!

sepul said...

akak leez..
okeh nanti saya masukkan sket ye