Friday, March 16, 2012

Otak-Otak Place

Sedang berjalan-jalan di Tropicana Mall yang permai lagi mendamaikan kami mencuba untuk makan di Otak Otak Place.





Suka tengok parking lot macam ni. Nampak bersih kemas dan teratur. Same goes to parking lot kat Ikano Power Centre.




Ada perkhidmatan shuttle bus rupanya dari Stesen LRT Kelana Jaya.




Konsep Restoran Otak-Otak Place ni mengembalikan nostalgia kita di zaman lampau. Ok not so lampau i mean eventhough i was born in 1981.....aku sempat jugak merasa suasana restoran macam ni.Masa aku kecik-kecik dulu bapak aku selalu bawak aku minum teh ais kat Restoran Makmur di Kangar. Yeahh Makmur. Sekarang sudah R.I.P.













Nampak grill kat pintu ni. Yeahhh. That is what i'm talking about. Bear in mind restoran ni terletak di tingkat 2 dalam kompleks beli belah Tropicana.




Lain-lain hiasan temasuklah sempua dan getah disambung-sambung. Pernah main tak Zero Point?




Nampak patung askar hijau kecik-kecik tu? Pastu ada penutup botol minuman. Dulu-dulu aku champion kampung ni.




Buku menu berkonsepkan buku latihan sekolah rendah. This is sooooooooo nostalgic to me lah.




Banyak juga menu-menu disediakan antaranya otak-otak (sebab nama kedai ni otak-otak place) , sandwich, noodles, nasi lemak, nasi goreng, satay, wantan, dim sum dan lain-lain lagi. Restoran ni jugak mendapat pengesahan status halal daripada JAKIM.




Order kopi o dia bagi sekali dengan roti pat sagi (empat segi) sekeping untuk proses cicah menyicah.




 Ku order kopi wo waisssss.




Ku turut worder wotak-wotak 4 keping. Biasa ja rasanya. Sekeping 40 sen.




The not so Mee Bandung Muar. Kuah tawar. Rasa dia agak weird sikit. Cek punya cek baru perasan gambaq makanan aku takdak. Aku order nasik lemak ayam. Rasa dia biasa-biasa ja .




Pergerakan Umar tidak terlalu hyper macam biasa kerana malam tu beliau terlalu leka bermain set Chuggington yang baru dibeli.


No comments: