Thursday, April 05, 2012

Gold Coast episod 6

Selesai mandi siap apa semua kami ready untuk keluar semula. Yeahh. Kami menapak ke arah hotel seperti dalam gambaq. Tak jauh pun dari tempat penginapan kami.








Melintasi Restoran Malaysia.





Sekali lagi gambar hotel Islander diambil. Saja sebab hotel ni memang femes di kalangan forumers. Strategik betul-betul dalam town.






Kami tunggu bas betul betul di hadapan Hard Rock Cafe. Kat Gold Coast ni memang ada beberapa theme parks yang menjadi tumpuan pelancong. Antara theme parks yang ada termasuklah Movieworld, Dreamland, Seaworld dan bermacam lagi. Daripada pembacaan aku kat Forum CARI memang banyaklah forumers duk komen. Selain itu aku juga mengambil kira pandangan sahabat aku yang dah mai ke sini.Jadi setelah menilai semua tempat ni aku dapat simpulkan Movieworld ni lebih kurang macam Universal Studios. Dia lebih sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Dreamworld ni gabungan theme park, permainan air, wildlife dan macam-macam lagi. Seaworld pula lebih sesuai nak bawak budak-budak kecik. Lagipun permainan dia tak terlalu extreme sangat. Pendapat aku lah. Jangan ikut sebijik-sebijik.





5 minit kami menunggu bas pun tiba. Terpampang di depan bas destinasi kami. Tambang bas ke Seaworld seorang AUD $5.20. Perjalanan mengambil masa 15 minit sahaja.





Kami diturunkan di pondok bas dan perlu menapak lebih kurang 100 meter ke pintu masuk Seaworld.











Tiket masuk ke Seaworld ialah AUD $78 untuk seorang dewasa. Umar free. Tiket kami beli awal-awal kat kaunter di Surfers Paradise. Sekali masa beli tiket ke Currumbin tempoh hari. Nak lagi murah sila beli online. Kalu terus beli kat kaunter walk-in memang mahal lagi. Sebenarnya terdapat pas yang lebih murah kalau kita beli secara pakej untuk lain-lain theme parks. Forumers kat Forum CARI prefer buat macam ni. Contohnya depa beli tiket ke Dreamworld + Movieworld. Apa-apa pun ia bergantung kepada masa dan bajet lah.


Seaworld mula dibuka kepada pengunjung pada tahun 1958 oleh Keith Williams.  Di awal pembukaan tempat ni dikenali sebagai Surfers Paradise Ski Garden.




Lepas entrance kami saja masuk ke kedai souvenirSaja cari pasal.







Lokasi pertama kami masuk tempat penguin ni.
















Dalam Seaworld ni banyak betul kedai yang menjual barangan Spongebob dan Dora. Memang agak syurga dunia lah kepada para peminat karakter ni.





Masuk ke kedai souvenir ni beli lah jugak topi kat Umar dengan harga AUD $10.




Di dalam ni juga ada disediakan monorail. Kami ambil kesempatan untuk naik menatang ni.Free.





Kat bawah stesen ni ada disediakan prayer room. Tapi nanti bawaklah kompas kiblat ye.





3 minit kami tunggu monorail pun sampai.




Dalam monorel kasi Umar makan biskut kegemaran dia.




Kami turun di stesen kat Shark Bay.












Berhenti dulu makan kat Plaza Food Court.




Di sini beli fries kecik dengan fresh orange berharga AUD$ 13.98. Epal tu bawak bekal.





Sekali lagi menu kami nasi putih + sambal bilis + telur goreng. Oh maiii sedap sangat.








Jumpa tempat ayaq pancut ni. Dia akan memancutkan ayaq dalam masa-masa tertentu. Terus menarik perhatian Umar. Mula -mula dia duk tengok kat tepi saja. Tapi lama-lama makin ke tengah. Last-last terkena lah ayaq. Hurmmm. Biaq je lah. Abis basah baju dengan seluaq. Orang yang lalu lalang duk tengok pastu seyum aja.







Bukan main seronok dia.




Puas dia main tukaq lah pakaian dia.





Naik kapal pusing-pusing ni apa nama ntah.












Seterusnya kami masuk tengok Spongebob 3D.





Kalau 3D taklah best sangat kalau berbanding 4D. Masa kat Disneyland Hong Kong masuk tengok Mickey Mouse memang feel habis.







Saja ambik gambaq kenangan.





Singgah juga di tempat tengok dolphin. Tapi masa ni takdak show lagi. Nak tunggu lambat sangat.







Lalu semula tempat Dora depa tengah buat show.





Masa balik baru perasan ada kereta kabel kat Seaworld ni.





Pusing-pusing kat sini hampir separuh hari jugak kami habiskan masa kat sini.




Amboih dia minum susu punya sakan.




Gambar hotel di atas ni Vibe Hotel. Juga banyak forumers duk suggest. Tapi jauh sikit lah daripada pantai. Dia mengadap Sungai Nerang. Masa ni kami dah balik semula ke area Surfers Paradise. Kami tunggu bas di pondok bas tempat dia berhenti masa kami sampai awal tadi. Sekali lagi naik bad nombor 750 tapi kat depan bas tu dia tulis destinasi Pacific Fair. Tapi nanti cakaplah kat driver bas stop kat Hard Rock Cafe.




Masa ni hujan pun turun. Plan nak pusing area town saja.




Sekali lagi teringin nak merasa kebab. Makencik asalnya nak beli pizza saja. Aku yang gatai nak beli kebab daging dengan harga seperti dibawah.













Seterusnya kami masuk ke Centro. Rupanya kami da masuk masa hari pertama sampai dulu masa nak ke Woolworth.




Singgah ke salah satu kedai buat t-shirt. Custom made.




Kat luar kedai ada mamat duk buat freestyle dengan bola. Cool.





Masuk ke kedai suvenir bersebelahan dengan Centro. Memang tak dinafikan barangan kat sini agak murah berbanding kedai-kedai suvenir lain yang sempat kami masuk.


















Balik aku duk makan biskut ni. Beli kat kedai suvenir yang murah tadi. Punyalah sedap. Produk Singapore. Halal.




Makan malam terakhir di sini. Sardin sama telur goreng.




Lepas makan aja keluaq semula. Rasa rugi pulak duk lepak dalam bilik aja.









Selesai masuk dalam kedai suvenir ni, ada la beli beberapa suvenir. Tidak termasuk seperti dalam gambar.

5 comments:

ANR said...

comelnya umar pakai topi. :)

Leez M. Saaid said...

nice pic...suka tgk gambar yg banyak.
Umar tambah comel....windu nak jumpa dia.
Malam tak sejuk ke?

@xiM said...

seronok saya tengok catatan perjalanan anda..keluarga bahagia sangat..nak kawen jugak dan nak dapat anak pastu nak pi goldcoast nak tiru itinerary awak sebijik sebijik..

sepul said...

anr..
rasanya budak-badak macam tu memang semuanya comel kan

sepul said...

kak leez..
malam sejuk jugak. berangin. sebab tepi pantai kan.

aximut mut mut..
cepat cepat. jangan terlambat. sila sila tiru. cepat. cepat.