Wednesday, June 03, 2009

The Trip part 1

So.... inilah 4 orang yang terbabit dalam kejadian melarikan diri ke Bali. Dengan tiket yang lebih murah dari harga tiket bas balik kampung aku..apa lagi yang anda mahu? Ok lah kali ni mcm mahu buat entri yang detail sikit la. Tension dgn kerja..aku rilekkan minda aku di sini. :)


Lebih kurang 2 jam sengah dalam kapai torobang yang murah, kami safely landed kat Denpasar. Lepas Mr. Tour Guide jemput yg mana muka dia mcm Datuk K. On the way nak pgi kat transport, kami ditahan oleh sekumpulan cewek sexy. Ingatkan apa, rupa-rupanya nak kalungkan bunga ni kat leher kami. Oh by the way..sindiket yang melarikan diri ke Bali kali ni terdiri daripada dari kiri azwan (kwn my cousin), my cousin & my kak ngah.

Inilah peta Bali. Sekali tengok macam ayam pun ada bentuk dia. 1st pit stop menuju ke hotel kami. Pakej semua siap bayar dah kat Malaysia. (Reliance IKANO)


Maaf ye membontotkan anda semua.

Tengoklah surrounding hotel kitorang...Kuta Lagoon Resort. Bilik terus attach dengan pool. Wallawei rasa macam nak terjun terus je dengan cuaca panas kat situ. Tapi bila mengenangkan suasana pekan Kuta masa on the way nak check-in tadi terus hasrat kami dibatalkan.

Antara pemandangan pekan Kuta. Jalan kaki je dari hotel coz sangat dekat. Dia punya suasana macam kat Batu Feringgi tapi dalam skala yang lebih besar la. Maksud aku kiri kanan dia dipenuhi dengan kedai souvenir, butik, Factory outlet dan macam-macam lagi. Kiri kanan ada orang duk panggil "masaj pak...mau masaj pak?!". Kedai masaj fuhhhhhhhhh kiri dan kanan depan dan belakang atas dan bawah. Sangat banyak. :)



Banyak butik barang-barang surf kat sini (Billabong, Roxy, Reef)..

Dari pukul 3 ptg sampai la malam jalan-jalan pusing sini tak habis-habis jugak. Fuh memang panjang gila deretan kedai kat sini. F.Y.I keadaan kat sini macam satu bulatan besar la. Jalan-jalan 3-4 jam baru jumpa satu corner. Hmmmm camna tu kalao nak khatam satu bulatan tu? Gambar atas tu boleh nampak macam satu monumen la tempat untuk memperingati mangsa-mangsa Bom Bali yang femes dulu tuh. Mostly Aussies la. Orang kat sini cakap dulu tempat tu pub tapi diorang dah buat macam dataran. Heheheheh if u guys notice.. ada foam party kan? heheheheheheh untuk tourists most club kat sini masuk free ajo. Yang penting bawak pasport. Heheheheh foam party???? heheheh boleh tahan jugak la. Tapi kamera tak dibenarkan.


Ya.. Hard Rock Megastore tuan-tuan dan puan-puan. Sila habiskan duit anda dengan banyak kat sini ye. (bagi peminat tegar HR la). Tapi kat sini megastore Hard Rock Hotel ajo. HRH just behind this megastore ajo. HRC pun tak jauh dari sini.


Then, jalan depan sikit dah sampai ke Kuta Beach yang femes itu. Depan nya ialah HRC. Singgah sebentar kat rockshop untuk menghabiskan beberapa helai rupiah ye. Hm... baru first day dah melayang beberapa keping duit ku ini :(


Ingatkan dah lewat malam, tengok-tengok baru pukul 6.30 tapi kat sini dah gelap. So far 1st day cuma jalan-jalan je sekitar pekan Kuta nih. Banyak sangat oreng putih. Biasa la dah tourists punya tempat kan. But 1 thing for sure... kat sini sangat-sangat religious. Setiap kedai ada tokong. Depan kedai pulak depa letak macam bunga sembahyang. Beberapa kali jugak la aku terpijak tapi orang sana cakap takdak apa pun. Jalan-jalan lagi.... tapi dah memang tak larat nak habiskan 2 pusingan lagi. Just amik cab balik hotel. 2nd day baru program dalam pakej start. Nantila aku update. Puan moly harap sabar ye.. ;)

9 comments:

FareeZan said...

pergh betui2 becoti nih.. huh jeles!tlg hapdet cpt ek.

sepul said...

fareezan..
ok don wori bebeh

Myza Pesona said...

Wah! bapak ke bali rupanya ya! Patutla tidak kelihatan di blog kebelakangan ini! Bagus ya percutian bapak di sana!Banyak enggak belanjanya di sana!

sepul said...

Myza pesona cantik..
Sepanjang 4 hari kat sana almost 2ribu gambar kitorang snap. Jenuh nak edit ni. Belanja nya ok aja ada kedai yg murah ada yg mahal. Tiket biasa la time promotion mmg murah. X sampai rm100 pun gi balik.

MOLY said...

hehehhehe
1st day dah terus ke HRC ye
pasti x sabar langsung tu
huhuhu :P

ok . saya menanti lagi ~

sepul said...

puan moly..
itu harus...

Bali Hotel said...

Refresh your body and soul by having a short holiday break in Bali, Indonesia. Travel from your country into Bali is easier now as there are many flights linking to Bali. This small island provides wide range of Bali hotels from cheap Bali hotels to private Bali villas at special rates.

@xiM said...

wahhh kamu ke BALI!!indah tak sana??

tak sabar nak ke BALI jugak ni..:)

sepul said...

@xim..
ada part yang indah.. yang lucah dan yang babi hehehehehe