Wednesday, November 03, 2010

Riverview Kuala Selangoqs

Dalam masa sebulan ni 2 kali aku pi Kuala Selangor. Satu dengan memba-memba and satu lagi atas urusan rasmi. Lama jugak tak buat entry berasaskan tempat makan. Banyak sebenaqnya tempat makan yang menarik serta unik yang aku sempat explore kebelakangan ni. Setel yang ni dulu lah.


Sampai ja ke Kuala Selangoqs terus saja ke Pasir Penambang untuk ke Riverview. Sebuah restoran yang menyediakan makanan laut yang sangat lazat dan rangup. Google saja Riverview Kuala Selangor, nescaya pelbagai info dan peta yang lebih tepat untuk saudara-saudari sekalian untuk ke sana.


Walaupun terpampang logo Tiger Beer, namun ia hanyalah sekadar papan tanda kerana kami tidak meneguk hatta mengorder walau setitis air haram ini.


Mula-mula sampai lebih kurang jam 8 malam orang tidaklah ramai. Tapi lama-kelamaan semakin ramai pula especially orang Islam.


Makencik layan FB sementara menunggu lauk-pauk yang telah diorder untuk sampai.


Ayaq pres oren serta laici. Dan sambil itu terus sabar menanti killer menu di sini...



 Itu dia Chinese Bread yang aku syak menjadi pujaan pengunjung ke sini. Aku dapati hampir semua meja yang di occupied oleh pelanggan mempunyai roti ini. Rasanya sungguh rangup serta berkhasiat. Penuh dengan vitamin semulajadi dan segar dari New Zealand. .... 

Banyak jugak yang aku tambah. Ia sungguh panas dan lembut serta sesuai dijadikan menu untuk minum petang di samping rakan taulan mahupun orang tersayang.


SAYA DAH MAKAN CHINESE BREAD... 
ANDA BILA LAGI ?!!! 
dalam nada iklan Tongkat Ali Power Root yang menang hadiah tu...



Ini pun tak kurang hebatnya juga. Siakap stim lemon. RM28. 



Juga tampil dengan hebat ialah Baby Long Bean goreng ni. Kelazatannya hampir membuatkan saya jatuh pengsan dan angau dek penangan masakan ini.


Selesai makan kami pun beredar dari situ serta terus saja menuju ke De Palma Kuala Selangor. Gambar menunjukkan ia di siang hari kerana gambar diambil keesokan harinya. Namun dirangkumkan seolah-olah menjadi seperti sequence. Harap kalian memahami.




Hotel ini sedikit mengecewakan aku secara peribadi kerana harganya yang sedikit mahal berbanding kemuudahan serta keadaan bilik yang ditawarkan. Menu sarapan pagi juga hanyalah nasi goreng, bihun goreng, sosej serta konflakes masuk angin. Waddafrak?

Mula mula aku ingatkan hotel ini berbentuk bangunan yang tinggi namun keadaan ala-ala resortnya membuatkan aku sedikit kecewa. Silap aku jugak kerana tidak melakukan kajian yang mendalam serta pemerhatian khusus sebelum menempah hotel ini. Rupanya sangat banyak hotel di pekan Kuala Selangor ini. Cuma ia tidak dinyatakan dalam tepat di dalam google.




Memburukkan lagi keadaan kami mendapat unit yang agak jauh dari bangunan utama lobi. Bukan ramai pun yang check-in malam tu tapi petugas di situ tetap bertegas memberikan unit yang jauh ini. Dahla mak encik aku sarat mengandung. Esok pagi tu terpaksa meninggalkan beliau seorang diri lebih kurang 4 jam kerana aku ada urusan rasmi di Taman Alam, Kuala Selangor ini.

Lagi membuatkan keadaan parah, unit ini tv nya rosak, banyak nyamuk serta sangat bising kerana pagi-pagi lagi dah ada 3 orang tukang kebun yang memotong rumput menggunakan mesin di depan unit ini.

Selesai saja tugas rasmi aku, kami terus check-out dari sini dengan hati yang girang kerana ingin ke Muar dan JayBee.. namun apakah yang terjadi kesudahannya? Nantikan episod terbaru dalam enciksepul punya blog..

6 comments:

@xiM said...

amboii macam rancangan apa dah kena nantikan kesudahan macam ni..hehe

buruknya rumah tu..tak selera aku tengok..

Roti RIVERVIEW tu memang sangat merembes kan!cicah pulak ngan kuah stim tuh..pehhhhhhhhhhhhh

sepul said...

tu lah pasai...tak kena dengan harga yang sangat mahal. demmmm

yeah cicah sampai stim meleles

zaryl said...

wooo... aku penah lepak kat de palma k.selangor ni... memang palat punya servis. pastu plak pokok gedabak besaq malam2 mmg seram woo

dgn rate yg x setimpal dgn kemudahan... baik sewa home stay lagi best kan? kan? kan?

xplorer said...

salam - aku slalu dok tgk restoran riverview tu bila pi pasar penambang tapi tak berani nak cuba . best gak blog ni , mcm blog aku gak suka jalan-jalan. jadi follower lah

sepul said...

zaryl...
saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara...

sepul said...

xplorer...
tengkiu.. sila sila la mai..
aku buleh pi blog hang melalui blog kak leez kot...