Sunday, March 25, 2012

Gold Coast episod 3

Nyenyak sungguh tidur kami malam tu. Menjelang jam 4:30 pagi aku dah bangun. Selesai solat apa semua aku turun sebab nak pi berlari di tepi pantai Surfers Paradise. Gambaq aku ambik guna henfon. Nanti aku update kat sini. Lebih kurang sejam kemudian aku balik Umar baru saja bangun dan makencik baru ja selesai buat breakfast dan bekalan makanan untuk hari ni.





Puas betui tengok dia tidoq selama hampir 8 jam lebih.




Antara barang-barang yang dibeli pada hari pertama. Antara. Maknanya ada lagi tapi tak sempat snap.




Beras ni sangatlah sedap. Kena pulak dengan sambal bilis dengan telur goreng. Nyaman!




Keadaan dapur pada hari kedua.




Siap makan apa semua keluarlah kami dari hotel menuju ke perhentian bas. Jam menunjukkan 6.45 pagi tapi dah cerah dah. Maknanya kat Gold Coast dah pukul 8.45 pagi. Hari ni plan nak ke Currumbin Wildlife Sanctuary, Pacific Fair dan Harbour Town. Harap-harap sempat.





Kami jalan menuju ke arah Gold Coast highway. Tak jauh pun. Tunggu-punya tunggu bas tak kunjung tiba. Sebenarnya tak lah lama sangat pun kami tunggu bas tapi konsep kami nak memanfaatkan setiap masa yang ada. Rasa rugi pulak duk habiskan masa tunggu bas macam ni.




Nama ja Gold Coast Highway tapi kiri kanan hotel, kedai dan macam-macam lagi lah. Banyak bus stop kat sini.




Jalan punya jalan sampai ke kawasan stesen bas Surfers Paradise. Atas stesen bas ada Sky Wheel. Dah plan kalau sempat nanti nak naik. Sebenarnya stesen bas ni terletak betul-betul di belakang Islander Hotel. Jadi memang Islander Hotel ni strategik sangat lah. Mula-mula dulu aku find out jugak jarak daripada Gold Coast nak ke Sydney mengambil masa 8 jam perjalanan dengan bas. Tapi keadaan dan masa tak mengizinkan. Inshallah suatu hari nanti.





Jakun jugak aku tengok Hummer limosin ni. Banyak sebenaqnya aku snap Hummer Limo ni.





Macam mana ntah boleh pulak terjumpak lagi Restoran Maharani !







Kami pusing semula dan terus nak ambik teksi ke Currumbin Wildlife Sanctuary. Sebenarnya kalau nak naik bas jugak tunggu kat tepi Gold Cast Highway naik bas nombor 700.




Kami naik teksi dengan bayaran AUD $40. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Kalau naik bas mengambil masa sejam lebih sebab dia berhenti-henti ambik penumpang lagik.





Currumbin Wildlife Sanctuary terletak arah menuju ke Coolangatta Airport.




Here we are. Kat entrance. Kecik aja kena masuk melalui kedai cenderamata.Tempat ni menempatkan pelbagai jenis haiwan termasuklah Australian native animals seperti kangaroo, koala, wallabies, tasmanian devils dan lain-lain lagik. Kami sengaja memilih tempat ni sebab memang nak bagi pengalaman kat Umar dan juga diri sendiri sebab selama ni asyik duk main flash cards yang ada macam-macam binatang yang takdak kat tanah air.




Kami beli tiket ni awal-awal lagi masa hari pertama kat salah satu kaunter tourists kat Surfers Paradise. Banyak sebenarnya kaunter tourists. Memang lebih murah beli kat kaunter macam ni daripada beli kat entrance teruih. Tapi kalau nak lagi murah beli je la online.Jadi bayaran untuk dua orang dewasa ialah AUD $62 sama dengan RM190 ++ duit Malaysia. Untuk infant free la. Tempat ni dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi (6 pagi waktu Malaysia) dan tutup sekitar jam 5 petang (3 petang waktu Malaysia).





Patung koala ni lawak gila sebab dia boleh golek-golek pastu ketawa yang macam orang tua ketawa. Siap ketawa dia ada berhenti untuk ambik angin. Tapi tak beli pun sebab harga dia tak lojik sangat.



Selesai tunjuk tiket apa semua dia cop lah kat tangan kita. Jadi boleh keluar masuk dalam tempoh hari tu ikut suka kita. Masuk-masuk aja tengok parrot. Jinak sangat.








Sebelum masuk tengok binatang lain singgah kat kaunter informasi kat makcik ni. Ramah gila. Dia bagi flyers yang dinyatakan masa persembahan-persembahan yang ada kat dalam Currumbin Wildlife Sanctuary ni.

Currumbin ni sebenarnya dibuka pada tahun 1947 dengan dikenali sebagai Currumbin Bird Park. 










Perkhidmatan tren turut disediakan. Kami tak ketinggalan naik sama. Perkhidmatan tren ni telah dimulakan sejak tahun 1964 lagi.










Baju terbalik.




1st pit stop kami kat tempat koala junction. Tapi kami tak terus masuk tengok koala sebaliknya layan magic show dulu kat kedai cenderamata sini.




Kelam kabut betui cari kerusi. Sempat sembang dengan budak-budak tepi Umar. They're all Filipinos.




Magic show ni sungguh menghiburkan. Suara mamat ni sangat-sangat grumpy. Cool. Lawak dan menghiburkan.




Lebih kurang 30 minit kat sini kami tunggu tren kat depan kedai cenderamata ni dan ke perhentian seterusnya nak tengok kangaroo.




Kangaroo kat kawasan ni dibiarkan bebas berkeliaran sana -sini. Jinak-jinak pulak tu. Tapi yang tak tahannya bila dibiarkan macam ni tahi depa pun banyak. Mula-mula duk mengelak jugaklah tapi lam-lama bila dah banyak sangat hurmmmmm pejam mata saja. Kat tayar stroller Umar memang dah berkerak dengan tahi kangaroo. Belasah.







Jinak sangat sampai kita belai-belai dia tak dak perasaan apa pun. Mungkin dah boring diperlakukan sebegini oleh manusia manusia.




Oleh kerana jarak Currumbin Wildlife Park ni lebih kurang 10km saja ke airport, maka kerap jugaklah duk dengaq bunyi kapal terbang kat kawasan sini. Umar memang takut sangat kalau terdengaq bunyi kapal terbang. Mesti nak peluk kuat-kuat kaki kita pastu tunduk muka.




Hurmmm bunyi kapal terbang kat atas takut sangat dengan kangaroo takdak rasa takut sikit pun.




Kita jugak dapat merasai sendiri pengalaman memberi kangaroo makan. Kat dalam gambaq atas ni ada tempat kita picit button pastu keluaq lah makanan dia macam dedak. Saat lidah dan gigi kangaroo terkena tapak tangan kita ni......ouchhhh geli geleman yang amat sebab rasa lembik-lembik, basah-basah pastu rasa berbulu. Wekkk. Nasib lah dia sediakan hand sanitizer. Tapi lepas tu aku rasa masih geli nak tengok tapak tangan sendiri. Cepat-cepat aku pi cari tandas basuh tangan puas-puas.





Lepas habis jalan-jalan kat kawasan kangaroo kami tunggu tren semula untuk ke lain-lain tempat pula.




Kesian payung ni. Hilang entah ke mana kat Currumbin. :( Nasib baik beli dua dulu. So ada satu saja lagi kat dalam kereta. Bersemadilah dikau dengan aman di Currumbin Wildlife Sanctuary.




Koala ni pergerakan dia tak lah tangkas sangat. Depa bergerak pun slow aja.







Lepas layan koala saja jalan-jalan dah nak keluar dari sini. Singgah sat kat kawasan lapang bagi Umar lari puas-puas.










Sebelum nak exit kami masuk sangkar burung yang besaq.Sebenarnya taklah besar mana pun. Sebenarnya banyak lagi binatang-binatang yang ada antaranya buaya, ibis, rusa, tasmanian devils dan lain-lain lagik. Terlalu banyak gambaq dalam simpanan yang mana aku kongsi hanya sebahagian daripadanya saja.








Hampir 2 jam lebih pusing-sana pusing sini singgah kafe. Kami keluaqkan segala bekalan yang siap dibawa dari hotel. Ada sandwich tuna, biskut dengan nasik lauk sambal bilis. Oh yes. Sedap yang sangat dahsyat.








Aku cuma beli air mineral Mount Warming dengan Juicy Tea perisa blackberry & vanilla dengan harga AUD $6.50.




Sedang asyik makan tiba-tiba ada seekor binatang menghampiri. Tengok betul-betul rupanya inilah ibis. Selama ni aku tau pasal ibis melalui apps flash card Umar aja.




Selesai makan dan study next itinerary kami berjalan keluaq menuju ke perhentian bas. Nak keluar Currumbin Wildlife Sanctuary ni akan melalui 2 kedai cenderamata jadi beli lah jugak kami beberapa barang. Hurmm. Gambar di atas menunjukkan lokasi perhentian bas. Kena menapak sikit ke belakang dan tepi entrance.





Lebih kurang 10 minit kemudian bas pun mai. Kami naik bas nombor 760 menuju ke Pacific Fair. Shopping complex ni menuju ke arah Surfers Paradise. Saja nak singgah sini.








Bas sangat convenience luas dan ada ruang sangat selesa untuk park troli. Sistem pembayaran sama jugak macam bas kita. Kalau ada yang beli card yang macam touch n'go tu murah sikit la. Tapi aku memang plan tak nak beli pun sebab mode of transportation kami tak depend 100% kat bas sahaja.








Perjalanan daripada perhentian bas Currumbin Wildlife Sanctuary ke Pacific Fair mengambil masa lebih kurang 30 minit.

8 comments:

saidatulnazla@g,ai\ said...

update pelis

Anonymous said...

ok mahap. tah apa nama saya ataih ni

sepul said...

errrrr hai selamat berkenalan

Anonymous said...

I could not resist commenting. Very well written!

Look at my web-site :: Http://saffronextractreview123.weebly.com/

Anonymous said...

I read this article completely on the topic of the difference of newest and
earlier technologies, it's awesome article.

my page ... wagner power painter max

Anonymous said...

I’m not that much of a online reader to be honest but your sites really nice,
keep it up! I'll go ahead and bookmark your website to come back later on. Many thanks

Here is my web-site fuji hvlp sprayer (http://www.culturachianti.it/castelnuovo/index.php?title=Use_And_Proper_Care_Of_A_Paint_Sprayer)

Anonymous said...

This site was... how do I say it? Relevant!! Finally I
have found something which helped me. Many thanks!



My site; High Fiber Foods

Anonymous said...

I'm truly enjoying the design and layout of your website. It's a very easy on the eyes which makes it much more enjoyable for me to come here and
visit more often. Did you hire out a designer to create your theme?
Great work!

Take a look at my web blog - Master cleanse weight Loss