Friday, June 29, 2012

Ke Pulau Carey Kita

Urusan rasmi membawa aku ke sini buat pertama kalinya dalam hidupku. Mula-mula duk terbayang fuh pulau mesti pantai cantik ni. Sekali...hurmmm. Memang dia pulau tapi dipisahkan oleh jambatan yang menghubung dengan tanah besar sejauh 70 meter ja pun.


Kawan-kawan, Pulau Carey terletak di negeri Selangor berdekatan dengan Teluk Panglima Garang dan jalan menuju ke Banting.Pulau Carey ini diambil nama sempena seorang bekas Pegawai British di Malaya suatu masa dahulu. Pulau ini dimonopoli oleh ladang-ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh pihak Sime Darby. Pulau ini juga merupakan penempatan Orang Asli Mahmeri yang hampir mencapai 1400 orang sekarang ni.















Ini namanya Pusat Kebudayaan Kg Bumbun. Kira macam tarikan pelancong la.













Ok sebenarnya aku terlibat secara langsung dengan Program Bersama YAB PM. Jadi memang ke hulu ke hilir lah menyelesaikan apa yang diamanahkan kepada aku.

1 comment:

Anonymous said...

Interesting.