Akan memulakan perjalanan sejauh 432 km sebentar lagi.Tapi apalah sangat 432km jika nak dibandingkan dengan....

Phewww... wish us luck!
Tapi bau dia lain macam sikit. Macam pernah aku bau.
Kena pulak dengan kuah hitam ni. I'm speechless. I mean like very-very speechless.
Kuah yang agak kemerah-merahan itu ialah kuah bbq untuk kebab cucuk nih.
Rezeki lagi di bulan ramadan ni. Terima kasih kepada Mie. My good ol' frens since UiTM days. Hang memang terer masak. Rasa nasik ganja hang buat sejibik yang aku duk makan kat market Kangaq. Tak sia-sia hang duk mai stadi malam-malam dulu dengan Bob, Pak Din & Kameel kat rumah Seksyen 7 dulu ni. La ni hang dah berjaya menjadi lecturer kulinari yang hebat ! 



Jadi, destinasi ialah ke Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Tak jauh pun dari rumah kitorengs.
Restoran Halia inilah yang kami berbuka-bukaan.
......
Makanan kat sini sangat banyak dan pelbagai. Tapi rasanya tak semua aku masukkan kat dalam ni.
Salah satu yang menjadi tumpuan adalah gerai ikan bakaq ini.
Dan juga gerai ini. Sangat menjadi tumpuan kerana bau yang dikeluarkannya sangat menusuk rasa dan jiwa.
Gulai kawah ini tidak kurang juga hebatnya.
Seterusnya gerai ayam panggang. Fuhhh !
Dan gerai nasik ayam.
Gerai rojak.
Murtabak ni keras !
Bubur lambuks
Gerai sotong kangkung.
Petai turut kelihatan juga bersama-sama ulam-ulaman yang lain.
Yang atas ini ialah Ayam Masak Merah Serai. Dan yang kekuningan itu ialah Chicken Picatta with Spicy Napoliana Sauce. Fuhh nama bukan main, tapi rasa nya hanyalah biasa sahaja.
Manakala yang di atas ini pula ialah Roast Beef Medallion with Black Pepper Sauce. Turut kelihatan ialah Sotong Sumbat Percik.
Selepas itu, saya terus memakan kambing dan ayam panggang.
Turut tidak ketinggalan ialah kueytiaw goreng bersama udang, sotong percik sumbat dan ayam masak serai.
Di samping itu, saya menjamah fruit ice blended ciptaan saya sendiri.
Lebih kurang sejam menjamu selera, seorang chef disini datang bertanyakan prestasi masakan di sini. Lantas beliau turut mengemukakan voucher free untuk dinner di restoran yang sama. Tawaran ini sah sebelum akhir Oktober 2010. Voucher hanya ada empat. Namun entah bagaimana saya dan makencik antara yang bertuah. Insyallah jika ada masa kami mai makan tang sini lagi. Surau pun selesa dan luas. Parking pun dekat dan sonang.
Sebenarnya sebab nak jumpak kakak haku last Saturday yang mana dia mai dengan rakan baik dia. Rakannya la yang beria-ia hendak makan di sini. Pabila kami tiba, haku kaget la. Mana la haku reti makan sushi sushi ni.
Namun begitu, ia sebuah restoran yang fleksibel kerana selain sushi kalian juga boleh order makanan lain yang bergoreng dan juga bersup. Ok.. hilang sikit kekagetan haku. ;)
.....
Apa nama blended ntah..
Yang haku punya ialah blueberry blended.
Haku order tomyam noodle. Sejibik macam kat Secret Recipe.
Ni kawan hakak haku order. Sushi apa kenama ntah.
Dia juga cakap ini pulut dan belut.
Hakak haku order nasik goreng bijik gajus.
Mak encik order nasik goreng juga.
Yang ini kawan hakak haku yang order. Nasik dengan telur dengan ayam. Apa kenama ntah. Selesai makan dan amil barang yang dikirim oleh mak haku, kami pun bersurai. Mengikuti haluan masing-masing. Tapi hayam dia sedap sebab aku dah rasa.
Dan jualan sempena hari lebaran pun sudah bermula. Ok ok nanti kita pi beli baju raya.
Memang kalau di Lembah Klang ni bagi daku Amcorp Mall punya Flea Market sangat pelbagai barangannya. Notice that antique iron? Guna arang tuh.
Di sini juga daku sering terpesona dengan action figure. Namun demikian, daku kurang minat mengumpul action figure macam nih. Jiwa daku lebih ke arah lain. Terdapat sangat banyak gerai action figure ini di sini.
The Flash
Man of Steel
Mak encik sering terpesona dengan deco decoan terutama sekali gerai English Deco ini. Beliau akan membawa handbag yang sedikit besar jikalau kami ke sini kerana sudah pasti beliau akan membeli sedikit buah tangan untuk hiasan rumah kami.
Koleksi lagu-lagu lama yang di transform ke bentuk cakera padat.
Koleksi replika model kapal terbang. Setiap satu dijual RM30 kalau tak salah daku. Yang besar entah lah tak hingat.
.....
Bagi penggemar botol-botol lama, di sinilah heavennya. Botol kaca coca-cola ini sangat rare kerana.... emm kerana apa ye? Jikalau pak cik daku nampak sudah pasti dibelinya kerana beliau merupakan pengumpul tegar botol coca-cola dari serata pelusuk dunia.
Daku sangat teruja bila melihat replika kereta-kereta macam ini. Di gerai yang macam inilah daku sering terpesona.
.....
Juga terdapat gerai menjual jeans dan baju terpakai.
Kan dah cakap bahawa terdapat banyak action figure di sini.
Fridge magnet di sini lebih menarik dan beraneka rupa.
Lagi....
Masih ingatkah lagi kalian susu tepung penuh krim jenama KLIM keluaran Nestle ini? Ia merupakan lagenda susu tepung yang sangat klasik dan penuh nostalgia. Daku masih ingat signature color of this tin susu kerana daku membesar dek kerana susu tepung penuh krim berjenama KLIM. Kini ia terdapat di gerai ini dan masih punyai susu tepung di dalamnya.
Juga sebuah henfon jenama Motorola ketika di awal kemunculannya di pasaran negara kita.
Juga basikal kanak-kanak ini membuatkan kita termengimbau kenangan lalu ketika masih kecil bukan?
Kegilaan masyarakat terhadap Facebook menyaksikan ia turut diabadikan di dada t-shirt kanak-kanak ini.