Dari food court boleh nampak scenery. Ada beberapa structure yang kelihatan.
Merupakan floating mosque yang pertama di Perlis. Masih dalam pembinaan tapi nampak macam kecik sahaja.
Jikalau di sebelah sana ada masjid, di sebelah kiri pula menampakkan satu lagi tempat makan yang sedikit eksklusif. Dengar khabar ia perlu ditempah dulu bagi sebarang acara yang bersifat persendirian. Tempat ini dinamakan Ocean Glow. Agaknya siapalah yang memberikan tempat ini nama sedemikian rupa ye?
Dari tempat pemakanan tadi, terus saja bersiar-siar di sebelah selatan Kuala Perlis. Lama betul tak mari sini.
Di sini memang menjadi tempat kegemaran masyarakat setempat menghabiskan masa menuai hasil laut.
Di sini sebenarnya, ramai juga pasangan remaja datang untuk memadu asmara dengan harapan tidak ditangkap oleh pasukan pencegah maksiat. Mungkin di bulan baik ini tiada pasangan yang datang lagi.
Sebaliknya ramai sunggoh keluarga yang datang bersiar-siar di sini.
Berhampiran kawasan in juga terdapat sebuah loji memproses senjata nuklear yang pertama di Malaysia.
Bergurau saja.
Ok ulang balik ayat di atas tadi, berhampiran kawasan in juga terdapat sebuah Kilang Janakuasa Elektrik yang bertajuk Perlis Power Plant.
Juga merupakan tempat memproses dan menghasilkan belacan. Ia banyak terdapat di sepanjang jalan di sekitar sini.
Aku rasa belacan di sini memang ori sebab dia tulis ori.
Ok la nanti akan disambung lagi kerana sekarang mahu ke masjid bersembahyang Jumaat.
No comments:
Post a Comment