Setiap kali balik kampung daku akan kesini. Semenjak dari bujang hinggalah sudah berumah tangga. Ya memang daku akan ke sini.
Kuala Perlis terkenal di serata tempat dengan keenakan laksa dan makanan lautnya. Daku berpendapat bahawa di sekitar Kuala Perlis semua laksa yang dijual adalah sangat lazat dan berkhasiat. Kualitinya juga amat bermutu.
Jika saudara dan saudari ke Kuala Perlis, pergilah ke medan ikan bakaq yang terletak berhadapan dengan Hotel Putra Brasmana. Di sini terdapat pelbagai jenis gerai-gerai yang rata-rata menjual produk yang sama. Namun begitu jikalau boleh pergilah ke kedai Mona Ikan Bakar kerana masakan laut oleh chefnya iaitu seorang pondan amat lazat dan rangup sekali. Err..maksud daku makanan laut. Bukan pondan itu yang lazat dan rangup.
Inilah hotel yang daku maksudkan ini.
Laksa Kuala Perlis sangat rangup dan hebat, bahkan setiap kali Aidilfitri ia menjadi juadah utama di kediaman daku bagi sanak saudara serta sahabat handai. Lagi enak jika dimakan bersama kicap a.k.a toyu. Ya orang Perlis memakan laksa bersama toyu.
Do you?
Kegemaran utama daku sudah tentu Sotong Goreng Tepung yang tiada tolok bandingannya ini. Inilah bentuk yang asli. Bukan seperti yang banyak dijual di gerai-gerai di bandaraya ini.
Dan ia sangat sesuai sebagai juadah petang bersama-sama teh ais yang asli dan teh o ais asli. Kerana apa ia asli? Kerana rasa teh nya sangat sangat kuat dan bukan semata-mata air susu pekat berkaler koko seperti kebanyakan gerai-gerai di bandaraya ini.
Nanti daku sambung lagi pasal keindahan Kuala Perlis kerana sekarang ini masa sudah tidak mengizinkan untuk bertempek di halaman blogspot ini dengan lebih lama.
2 comments:
terliuq aku tengok!!hang masakla utk kami sepul..teringin nk makan laksa perlis..=p
laksa perlis memang aku tak pandai masak. tapi takpalah kami gantikan dengan makanan lain ye. nak sangat ajak hangpas semua mai ghumah tgk lah tunggu keadaan nita ok sikit. sekarang ni dia selalu letih-letih la.
Post a Comment