Wednesday, February 09, 2011

Tasoh Lake Resort

Minggu lalu kebanyakan perantau pulang ke desa mengambil kesempatan cuti panjang sempena CNY. Alhamdulillah kami juga selamat berada di kampung di kedua-dua belah pihak. Senang rasa bila kampung mertua dan kampung sendiri satu jalan. Boleh singgah-singgah.

Bila balik Perlis tempat yang wajib pi ialah Padang Besaq. Aku pun tak tau kenapa walaupun kadang-kadang pi tak beli apa pun tapi saja gatai nak tengok-tengok barang dan awek siam. Haritu sepupu-sepapat dan kakngah aku join sama. OTW balik singgah sat kat Tasoh Lake Resort. Saja lepak-lepak santai. Inilah lokasi outdoor shooting masa aku kawen dulu. Cuaca memang superb walaupun sedikit terik. Tapi nice.


Semuanya 5 orang termasuklah saya sebagai jurugambar yang tak pandai mengambil gambar.


View dia sekarang menjadi semakin cantik berbanding semasa kami outdoor shooting dulu.


Merangka strategi mencorak peluang mencari sudut terbaik untuk bergambar. Ramai pulak orang datang hari tu. Besar kemungkinan depa pun baru balik dari Padang Besar dan singgah sini sebentar.


Konon Hindustan lah sangat kan !


Barangkali bot para penangkap ikan. Lupa nak cakap. Tasoh Lake Resort ni sebuah empangan tadahan air. Sekali tengok macam laut pun ada. Banyak juga orang duk mai melakukan aktiviti sukan air dan lain-lain aktiviti riadah disini. Antaranya berkayak, menangkap ikan dan sebagainya. Macam banyak ja tapi aku list out dua aktiviti aja. Masa Perlis dilanda banjir yang teruk baru-baru ni, banyak pihak menyalahkan pengurusan empangan ni sebab depa lepaskan air dalam kuantiti yang banyak hingga menyebabkan banjir teruk. Tapi nak buat macamana kalo duk simpan banyak-banyak kang pecah empangan ni lagi naya. Cuma yang dikesali depa tak lepaskan air dari mula hujan lebat lagi secara beransur-ansur. Ni sekaligus lepaskan air. Ok enuff pasai banjir.

  
Ini pun sepupu saya. Kak Chik gelaran diberi.


Ombak air empangan menghempas kaki yang mulus-mulus belaka.




Lepas selesai bergambar kami singgah minum-makan light light kat sini.


 Nama orang putih sangat.




Kipas ni sebenaqnya hiasan saja. Tiada sumber elektrik pun boleh menggerakkannya. Cuma apabila angin menghempas kawasan sekeliling kipas ini turut sama berpusing seolah-olah kipas yang betul.Tapi memang best gila duk lepak minum makan tang sini sebab angin memang kuat gila. Demmmmmmm nampaknya telah menjadi favorite spot bila balik kampung nih!


Tempat ni bukanlah untuk makan heavy memandangkan konsepnya untuk santai-santai minum-minum petang aja. Malam tak pasti pulak dia bukak ke tak. 


Tapi sayang servis sini lambat macam siput babi nak mati. Sebab kitchennya bukan kat sini. Sebab aku perasan lepas ambik order ada sorang runner akan pecut naik moto mungkin ke kitchen resort kat atas kot nak bagi order kat chef dia. Cafe ni kira macam wing untuk Tasoh Lake Resort ni.


Oh ya petang tu turut join kami kemudian ialah pakcik-makcik yang turut sama balik ke kampung sempena cuti CNY. Mak bapak aku tak ikut kena jaga Umar kat rumah.

Tapi memang best gila lepak sini sebab pemandangan cantik dan angin yang sangat kuat. Kalo nak tau info kot-kot la nak mai bermalam di resort ni google la Tasoh Lake Resort nescaya ada.

2 comments:

@xiM said...

babi nak mati kaa atau dah mati dah??

hahaha

ehhh mana dia punya resort??

sepul said...

babi nak mampus daa... resort dia kat belakang cafe ni ja. actually kawasan dia sangat luas. tapi still walking distance. jom pi perlis. aku belanja mentarang