Monday, July 19, 2010

i-City

Malam sabtu yang lepas.... ke i-City. Tapi satu kesilapan besar telah dilakukan. Terrrrlalu ramai orang dan terrrrlalu banyak kereta menuju ke sini. Umpama nak ke Jalan Masjid India di waktu malam di bulan Ramadhan. Begitulah. Tapi dah sampai... redah jugak la.

i-City terletak di Shah Alam bersebelahan federal highway menghala ke Klang. Exit Padang Jawa ke sebelah kanan then, follow signboard. Suatu ketika dulu tempat ni hanyalah hutan belantara dan dipenuhi dengan jin jin bertandang. Aku pernah tinggal di seksyen 7 ni sekitar tahun 2001 hinggalah ke tahun 2005.

Aku kagum. Begitu pesat tempat ni membangun. I mean like very very pesat.


Tapi malam sabtu haritu begitu ramai manusia di sini. Aku syak ada keramaian. Tapi telahan aku salah. Takdak apa pun. Sekadar orang mai nak ambik gambaq dan bawak famili jalan-jalan. Begitu juga aku. Dengan kepakaran aku sebagai bekas pemastautin di sini, aku berjaya cilok mengikut jalan ke Bukit Raja dan melalui satu jalan short cut yang tak berapa nak short sangat. Tapi berjaya mengelakkan trafik yang sesak.

Di sini tarikannya hanyalah lampu-lampu LED yang sangat banyak dan dipintal menjadi begitu kreatif dan wow!

Bayaran masuk untuk parking RM2.

Ruang lingkup kawasan ni terlalu luas. Pelbagai lampu dan hiasan.

.....

lampu lampu lampu

....

....

....

....

....dan lampu lagik

lagi lampu...

dan lampu...

lampu dan bulan

....

....

i-City ni merupakan kawasan yang dipenuhi dengan pelbagai opis-opis. Cuma ia bertukar wajah menjadi begitu bersinar dan berwarna warni di waktu malam

lampu lagik...

....

... pelbagai lampu

Pemandangan dari satu sudut di i-City ni. UiTM di hatiku.

Begitulah keindahan i-City di waktu malam seperti yang digembar-gemburkan oleh ramai masyarakat pada masa kini. Jadi.... start kenderaan anda dan tujulah ke sana.

4 comments:

@xiM said...

saya sudah menjejakkan kaki ke sini..menarik bukan lampu lampunya???

tapi sekali pi jer lah.aku tak teringin nak pergi lagi.hahaha

sepul said...

ajeem..
saya juga begitu. sekali pergi pasti dah tak nak pi dah

NN said...

Xbest ka..? Apa yg ada..? Bukan tmpt ala ala shopping mcm kat ladies maket kat hiong kuong..?

Sepoi, nih guna kamera baru hiang ka..?

sepul said...

ceh tak best la. boring. dah la sesak dengan ramai orang. tengok lampu2 aja. bukan ada kedai apa pun. kedai makan ja.

ya menggunakan kamera yg baru dibeli