Friday, July 23, 2010

Sabah Tea

Semasa di Sabah juga, kami mengambil kesempatan ke Sabah Tea yang femes itu. (femes kah?) Terpaksa la ikut juga walaupun jenis melawat-melawat ke tempat arkeologi @ tempat bersejarah @ dan sewaktu dengannya bukan lah kena dengan jiwa aku. Bila pi tempat orang aku terus menuju ke pasar-pasar dan shopping complex depa. Itu aku. Bukan kamu. Punya la jauh dari KK ke sini. Hampir 3 jam dan melewati Kundasang dan Kinabalu National Park.

Sampai berhenti tanya orang kat Terus Jadi Mini Market kat Ranau. Van Kia Pregio dipandu oleh kami sendiri tanpa supir. GPS katanya.

Dah sampai.. dan jubo pun jadi flat.

Tapi memang indah, sejuk dan sunyi.

Sepatutnya ada sekali tour masuk ladang dan petik daun. Tapi macam letih.

Depa pun bawak masuk melawat ke kilang proses teh ni. Adoiii dah jadi macam nak mai belajaq buat teh pulak.

Aku bosan !!

Tapi tidak bagi mak encik. Beliau suka. Sejak akhir-akhir ini berlainan sekali kehendaknya berbanding sebelum mengandung dulu.

Mesin apa ke nama ntah. Beria sunggoh mamat kat Sabah Tea ni duk bagi penjelasan.

Selesai dikisar menjadi halus.. terus dipek dan sedia dieksport.

Lepas tu dibawa la masuk dalam lab depa. Dia tunjuk cara-cara nak test teh ori dan teh tiruan. Masukkan secubit teh dalam ayaq sejuk. Kendian tunggu sampai dia larut. Time tu leh tengok sama ada kaler dia yang turun dulu atau daun turun bersama-sama sekali. Kalau kaler turun dulu maka nya itu teh tidak ori. Oooo macam tu !

Galeri teh. Depa nak kaji rasa dan menambah baik Sabah Tea dengan membeli teh keluaran syarikat pesaing.

Oh ini Ahmad Tea. Ya aku pernah rasa sedikit masa dahulu.

Kesian.. dah letih.. lapaq pulak tuh.

Dijamu dengan sup sayur+telur.

Dan lain-lain jenis hidangan.

Lauk-pauk dia sangat manis. Tapi sayur dia fresh. Macam fresh orange.

Portion aku. Semuanya manis. Tapi sedap. Include sekali dalam pakej tour Sabah Tea.

Lebih kurang 3 jam kat sini... aku dah boring nak mampuih dah. Pastu ada lagi mamat Sabah Tea ni duk bercerita.... duhhh

Aku keluar dari situ dan mengambil barang sekeping dua gambaq flora dan fauna di sini.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan kita.

Lepas setel masalah kat Sabah Tea ni menuju ke Kundasang....

6 comments:

FareeZan said...

seronot betul korg bedua ek asik bejalan je...

jeles.

sepul said...

selagi terdayaaa kita jalan daa

@xiM said...

betul betul betul..jalan lah selagi terdayaaaaaaaaaaaa...

sepul said...

ya macam saudara

NN said...

Walaopon boring, tapi saya terhibur membaca pengolahan saudara di bidang penulisan ini..

Semoga terjumpa lagik disuatu masa nanti..

sepul said...

ya terima kasih. ini juga merupakan tunjuk ajar oleh rakan-rakan sekalian