Friday, August 13, 2010

Iftar @ Sime Darby Convention Centre

Syukur alhamdulillah. Hari pertama Ramadan tahun ini sudah berpeluang berbuka di luar. Kali ni follow makencik & co.

Jadi, destinasi ialah ke Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Tak jauh pun dari rumah kitorengs.
Restoran Halia inilah yang kami berbuka-bukaan.

Beginilah suasana restoran ini di dalamnya. Memang tak ramai orang sebab rasanya hari pertama Ramadan.

......

Makanan kat sini sangat banyak dan pelbagai. Tapi rasanya tak semua aku masukkan kat dalam ni.Salah satu yang menjadi tumpuan adalah gerai ikan bakaq ini.

Dan juga gerai ini. Sangat menjadi tumpuan kerana bau yang dikeluarkannya sangat menusuk rasa dan jiwa.

Gulai kawah ini tidak kurang juga hebatnya.

Seterusnya gerai ayam panggang. Fuhhh !

Dan gerai nasik ayam.

Gerai rojak.

Murtabak ni keras !

Bubur lambuks

Gerai sotong kangkung.

Petai turut kelihatan juga bersama-sama ulam-ulaman yang lain.

Yang atas ini ialah Ayam Masak Merah Serai. Dan yang kekuningan itu ialah Chicken Picatta with Spicy Napoliana Sauce. Fuhh nama bukan main, tapi rasa nya hanyalah biasa sahaja.

Manakala yang di atas ini pula ialah Roast Beef Medallion with Black Pepper Sauce. Turut kelihatan ialah Sotong Sumbat Percik.

Meal pertama saya selepas meneguk air suam dengan sejibik kurma ialah 6 cucuk sate ayam yang sangat enak serta rangup. Selain itu rasanya juga sangat lazat dan berkrim.

Selepas itu, saya terus memakan kambing dan ayam panggang.

Turut tidak ketinggalan ialah kueytiaw goreng bersama udang, sotong percik sumbat dan ayam masak serai.


Selepas memakan beberapa jenis lagi makanan, tiba masa untuk pencuci mulut. Saya sangat tertarik sebab seorang chef mengofferkan ais krim goreng. Pertama kali dalam hidup saya makan ais krim goreng. Fuhhh sangat enak dan rangup! Saya makan sebanyak 3 ketul.

Di samping itu, saya menjamah fruit ice blended ciptaan saya sendiri.

Lebih kurang sejam menjamu selera, seorang chef disini datang bertanyakan prestasi masakan di sini. Lantas beliau turut mengemukakan voucher free untuk dinner di restoran yang sama. Tawaran ini sah sebelum akhir Oktober 2010. Voucher hanya ada empat. Namun entah bagaimana saya dan makencik antara yang bertuah. Insyallah jika ada masa kami mai makan tang sini lagi. Surau pun selesa dan luas. Parking pun dekat dan sonang.

Rasanya harga per pax RM45. Tapi itu mungkin dibeli semasa promosi sebelum bulan puasa lagi. Kalu sekarang saya syak harganya telah melambung tinggi.

SELAMAT BERPUASA !

6 comments:

@xiM said...

pehhhhh mantap ah bro!!
aku pose kali ni tak pi kot mana mana buffet..nak elak pembaziran..hehehee

sepul said...

mantap..memang mantappp
ye ke? leh caya ke?

FareeZan said...

slurrrrrrrrrrrpppppppppp!
byknye ko mkn?haha

sepul said...

harusla..benda free ngko

NN said...

Cedapnya..
Saya hanya membeli nasik sebungkuih 4.50 saja..

sepul said...

NN...
sekali sekala bila tiba rezeki macam ini tidak elok jika kita menolak bukan?