Dah lama tak merasai suasana macam ni. Kali terakhir mungkin sekitar tahun 1991 hingga 1993 kot. Kendian dah suram.
Malam sebelum raya baru-baru ini, aku merasainya kembali. Terima kasih kepada ahli keluarga di Aloq Pongsu, Bagan Serai.
Jom main mercun...
Mercun ini bunyinya gedas-gedas.
Tapi bila keluaq effect dia macam agak cantik.
Mereka pun happy sebab dapat main bunga api free.
Sangat gembira dapat bermain bunga api.
Kan best kalau tiap-tiap kali balik kampung suasana dia mana gini.
Pakat-pakat mahu menyalakan bunga api.
Bila dapat main bunga api masing-masing leka. Biasalah budak-budak.
Pelbagai jenis corak yang menarik dapat dihasilkan melalui percikan bunga api ini.
Mercun ni memang hebat. Bunyi nya memang boleh dengar sampai ke highway PLUS rasanya. Untuk pengetahuan semua, Aloq Pongsu, Bagan Serai bersebelahan dengan hinghway ja.
Mari kita test power mercun ini. Lepas saja dicucuh mari kita semua lari masuk rumah.
Di saat mercun ini hendak mula membakarkan dirinya. Aku rasa bunyi nya 5 kali ganda kuat daripada mercun bola. Memang weng + bengap kepala otak tatkala ia meletus.
Lepas mercun tersebut meletup, kanak-kanank riang ria meneruskan operasi mengabehkan bunga api 2 kotak yang disponsor oleh pakcik mereka yang paling hensem. Gampang sunggoh, kot la nak simpan kat aku 4-5 batang.
Tapi depa peduli apa? Yang depa tau nak main.main dan main bunga api sampai bernanah tangan.
Banyak betul hasil buangan bunga api bertaburan di depan rumah Wan depa. Aku menjadi sangat marah.
Kerana apa aku marah???
...
...
...
...
...
...
...
...
Ya la..hangpa sedap-sedap main perabih bunga api aku, tapi aku kena tercongok depan kawah rendang daging ni sampai kul 1 pagi. Cis.. Ini Tidak Adil !!!
Apa-pun Hari Raya adalah hari untuk kita semua. Tidak kiralah dimana anda menyambutnya dan dalam keadaan apa sekalipun, kita mesti happy. Aku sedikit tak marah pun sebenaqnya kat anak-anak buah aku yang hyper aktif itu, kerana suatu ketika dahulu aku pun sebegitu rupa.
* Pertama kali beraya : sebagai suami
sebagai menantu
bukan di kampung halaman sendiri
sebagai pakcik kepada anak-anak buah yang saaannnggaaatt ramai
6 comments:
part yg last skali tu..alahai ciannya!hahahah
biasolah burnqis... nak buek lagu mana
padan muka hang...org len dok syok men bunga api..hehehe
anak buah sgt ramai...cepat beratur collect duit raya..hahaha
Wai...
ngok la hang ni!
hang memang pakcik yang baik!!
mai sechewen rendang tuh!!
axim..
tarima kasih di atas pujian saudara yang tak berapa ikhlas itu.
jemputlah ke rumah ku samada di mutiara damansara, kangaq ataupun alor pongsu bagan serai.
Post a Comment