Aku nak berkongsi pengalaman dan tips kepada semua yang membaca. Mungkin hangpa seorang bapa atau bakal menjadi bapa atau mungkin nak kawen tak lama lagi. Semua yang dipaparkan adalah pengalaman personal aku sendiri. Saat dimana kita dapat tau bini kita mengandung memanglah sangat indah dan emosi. Aku sangat teruja dan rasa tanggungjawab yang lebih terpikul di bahu.
Kita perlu melakukan banyak persediaan samada dari segi pembacaan, bertanya orang lain dan sumber -sumber lain.
Saat dimana kandungan mungkin masuk bulan ke-6 dan seterusnya, penting untuk memastikan pampers newborn, baju baby newborn,botol susu, minyak telon, kain batik, baju (luaq dan dalam) extra untuk bini ada di dalam kereta. Kalau boleh sediakan 2 set, satu dalam kereta dan satu buh siap-siap dalam beg kat rumah @ pejabat.
Seterusnya ini adalah benda-benda yang diprepare untuk anak aku.
Sekarang ni Umar pakai saiz M. Yang newborn punya tak sampai 2 minggu tukaq S, kemudian lebih krg 10 hari tukaq M. Betapa cepatnya tumbesaran bayi. Bagi aku pampers yang murah jenis yang aku bagi Umar pakai di Mydin Kota Seriemas, Sepang. Haritu kakak makencik pi kebetulan dia cakap murah suruh la beli terus. Tapi kat 99 speedmart pun murah la jgk. Lebih 2 kupang daripada Mydin Kota Seriemas. Ada kawan cakap kat NSK Selayang pun murah. Yang pasti kat Tesco ka Giant ka Carrefour ka memang mahal. Ini merujuk kepada brand yang seperti gambar tertera di atas. Brand lain taktaulah.
Seterusnya wet tissue digunakan untuk mengelap pungkoq/nonet baby selepas dia berak/kencing.
Ni pulak minyak telon. Disapu kat perut dan tapak kaki baby bagi mengelakkan perut kembung. Dipakai sejak hari pertama lagi.
Ini merupakan mosquito repellent untuk baby. Kebarangkalian nyamuk menggigit bayi adalah sangat tinggi jika dibiarkan kat tempat terbuka walaupun sekejap.
Menyusul dalam gambar di atas ialah baby vicks. Bayi juga mudah selsema jadi prepare lah siap-siap selain ubat daripada doktor.
Di atas adalah krim untuk mengelakkan kulit baby melecet secara spesifiknya dia celahan kangkang dan kawasan sewaktu dengannya.
Pencuci khas untuk botol susu baby dan perkakasan yang sewaktu dengannya adalah penting juga. Barang depa sangat tak sesuai dicuci dengan pencuci yang sama dengan pencuci pinggan mangkuk.
Dan ini pula ialah sabun mandian bayi.
Pam susu manual kadang-kadang sangat memberi makna yang besar di saat pam susu elektronik menghadapi masalah. Dan aku telah mengalaminya sendiri. Beli pam susu elektrik mahal-mahal tapi kurang berkesan.
Hmmm.....kena beli lain lah kot...
Set botol susu. Ada 3-4 set kot.
Penyedut hingus bayi.
Set mittens dan booties. Dalam bahasa mudahnya ialah sarung tangan dan sarung kaki bayi.
Grooming set.
Penyidai baju untuk bayi.
Beg pack Umar. Kalau keluaq pi jalan-jalan memang ni umpama beg doraemon lah. Macam-macam barang ada.
Cotton buds untuk bayi.
Oh ini adalah sabun basuh untuk pakaian bayi.
Ini pulak babycourt. Tempat dia nak tidoq kat luaq. Tapi malam-malam dia tidoq sebelah mak dia lah kat atas katil.
Stroller memang sudah tersedia di dalam kereta. Inilah serba sedikit yang aku dapat kongsi bersama. Setiap orang berbeza dan ada cara untuk membesarkan anak masing-masing. Ada yang kata yang ni tak boleh tapi bila di pihak yang lain depa kata boleh pulak. Yang penting kena hormatlah pendirian dan pendapat orang .Tak perlu nak mengajar orang dengan cara yang kurang wajar tentang penjagaan anak. Peace.
Seolah-olah cara depa adalah cara yang paling betul untuk membesarkan anak. Aku mengikut cakap mak aku dan juga melalui rakan-rakan baik aku yang terlebih dahulu ada anak. Ditambah sedikit dengan pembaacaan tentang penjagaan bayi.Berkenaa dengan jenama-jenama barang di atas pula adalah apa yang dirasakan bagus. Setiap orang pun ada dia punya preference terhadap jenama tertentu bukan?
6 comments:
cik sepul sgt chomel buat entry ini macam..
terase cik sepul sudah semaken besar..haha!
mien..
mekaseh. saya rasa pengalaman yang ada harus dikongsi. lebih-lebih lagi jika ia sesuatu yang memberi impak sangat besar dalam kehidupan.
cik sepul sudah semakin besar..
apa yang besar yek..jeng jeng jeng..
tengok penyedut hingus tu aku teringat zaman aku kecik mak aku sedut pakai mulut jer ..kasih ibu membawa ke syurga..
Good info bro!!
ajeem
kasih ibu tiada tolok bandingannya.
jeng jeng jeng huk huk huk pangg
back pack bli kat mne yer.. blh info x incik.. memang tgh mencari pon.. blh email suezila1303@yahoo.com tq incik sepul
Jarang dapat tengok entry cam gini dari seorang bapa ... :) memang good info :)
Post a Comment